Sunday, 18 November 2012

Mengapa perlu berimaginasi?

Hari kiamat?

Mari fahami hari kiamat secara ringkas


Al-Quran dalam surah (Al-Aaraf 7:187)

"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".  

Sebagai Muslim rujukan kita yang Utama ialah Al-Quran dan yang Kedua ialah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w (dibukukan menjadi Kitab Hadith). Oleh yang demikian buku-buku para cendiakawan Islam mahupun bukan Islam yang menulis cerita dengan penuh imaginasi tentang hal ehwal kiamat adalah tidak wajar kerana sesungguhnya bukti melalui Al-Quran telah pun dinyatakan. Surah di atas adalah di antara ayat tentang hari kiamat.
Gunakanlah akal sebaiknya. Islam itu sesungguhnya mudah.